Berita

Hasan dialog bersama penduduk kampung, rungkai masalah

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah mengadakan dialog dengan penduduk Kampung Bangkahulu bagi mendengar dan membincangkan pelbagai permasalahan yang berlarutan.

“Muafakat tercapai dengan kerjasama dan persetujuan dari penduduk Kampung Bangkahulu dalam beberapa perkara yang harus diambil perhatian iaitu, isu geran tanah, sawah dan kebun serta komuniti setempat.

“Saya akan berusaha mencari jalan penyelesaian demi kepentingan dan kebajikan penduduk kampung.

“Tahniah kepada MPKK Kampung Bangkahulu di atas penganjuran program sebegini dan diharap dapat mengeratkan silaturrahim di antara penduduk kampung,” kata Hasan.

Show More

Related Articles

Back to top button