Aktiviti

Gotong royong bersih semak samun di Taman Seremban Idaman

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada wakil penduduk Taman Seremban Idaman, Encik Anandan bagi kerja-kerja pembersihan semak samun dan cantasan dahan pokok yang mengundang bahaya kepada penduduk.

“Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan dengan kerjasama beberapa penduduk setempat yang membuat kutipan kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung penduduk.

“Saya juga mensyorkan agar satu program gotong royong dapat dirancang dan dilaksanakan bersama penduduk dan pihak Majlis Bandaraya Seremban bagi mengatasi masalah ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button