Berita

Pasukan E-Sport Negeri Sembilan wakil Malaysia di Sukan SEA Vietnam 2022

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menyokong pembangunan E-Sport dengan penglibatan anak muda.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan, di bawah pimpinan YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani, sejak tahun 2020 telah membantu Persatuan Sukan Eletronik Negeri Sembilan (NSEA) di bawah kendalian Saudara Farees Faizal yang menjadi tonggak dalam menghidupkan sukan E-Sport di Negeri Sembilan.

“Hasilnya, pasukan E-Sport Negeri Sembilan, TABAH-NSEA kerana berjaya terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Vietnam 2022!

“Justeru, bagi meraikan pasukan tersebut, satu majlis Hi-Tea telah diadakan bagi menghargai usaha yang telah mereka curahkan selama ini.

“Turut diraikan dalam majlis yang sama adalah Din ‘Jumper’ yang baru melangsungkan perkahwinan awal bulan ini.

“Saya turut menyampaikan penghargaan kepada Soloz dan Daddy Hood di atas sumbangan dan jasa mereka dalam membangunkan E-Sport di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang membantu menaikkan E-Sport di Negeri Sembilan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button