Berita

Gotong royong Taman Seremban Jaya dapat kerjasama penduduk setempat

SEREMBAN JAYA: Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah menganjurkan program gotong royong di Fasa 3, Taman Seremban Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren berkata, gotong royong ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran 40 orang penduduk setempat dan dibantu oleh SWM, Unit Landskap Majlis Bandaraya Seremban.

“Gotong royong yang dijalankan hari ini fokus kepada penebangan sebatang pokok mangga yang mengundang bahaya, kerja-kerja pembersihan persekitaran luar rumah warga emas yang tidak dijaga dan persekitaran selekoh jalan yang tidak diselenggara penduduk.

“Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama turun padang menjayakan program gotong royong walaupun hujan sebelum program dimulakan,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali; Pengerusi KRT Fasa 3 Taman Seremban Jaya, Encik Raviendran; Setiausaha KRT Encik Adzly dan Pembantu Ahli MBS Encik Mugunthan.

Show More

Related Articles

Back to top button