Berita
Gunasekaren agih sayur percuma kepada warga DUN Seremban Jaya
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengagihkan pelbagai sayur-sayuran kepada warga DUN Seremban Jaya di bawah program Food Bank.
“Penduduk DUN Seremban Jaya berpeluang memilih sendiri dan mengambil sayur-sayuran secara percuma yang dibawa terus dari Pasar Selayang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.
“Antara sayur-sayuran yang diagihkan ialah kangkung, peria, timun, kacang panjang, kobis bunga, daun bawang, sawi dan beberapa jenis sayur lagi.
“Saya berharap dengan pengagihan sayur-sayuran ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos pembelian sayur untuk beberapa beberapa hari bagi masyarakat yang terkesan dengan kenaikan harga barang,’ kata Gunasekaren.