Berita

Gunasekaren bantu warga emas untuk berniaga

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren sedia membantu seorang warga emas untuk berniaga agar membolehkan wanita tersebut berdikari.

Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan barangan basah bernilai RM150 serta bantuan kewangan kepada seorang warga emas Puan Letchumi Perumal di Taman Marida.

“Puan Letchumi kini tinggal bersama dua orang anak yang masih belum berkahwin dan menjaga seorang cucu.

“Salah seorang anak (perempuan) beliau kini berada di hospital kerana sakit dan telah hilang punca pendapatan sejak suaminya meninggal dunia tiga tahun lepas.

“Beliau juga bercadang untuk berniaga secara kecil-kecilan di hadapan rumah bagi menyara keluarga.

“Saya akan membantu beliau dengan memberi modal pusingan dan peralatan perniagaan untuk berniaga kelak, bagi meringankan beban keluarga yang ditanggung pada masa kini,” jelas Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button