Menarik

Musliadi agih limau Mandarin sempena Tahun Baru Cina

JERAM PADANG: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu mengagihkan limau Mandarin kepada 30 keluarga Tionghua di Kampung Tanah Panjis, Rompin dan Kampung Pekan Jelai.

“Semoga sumbangan limau Mandarin ini memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina.

“Saya juga menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur kepada sebuah keluarga yang memerlukan di Kampung Pekan Jelai,” ujar Musliadi.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Tanah Panjis, Encik Tee Kok Jing dan Pengerusi MPKK Kampung Pekan Jelai, Encik Raju.

Show More

Related Articles

Back to top button