Berita

Gunasekaren prihatin keselesaan Taman Tan Chee Hoe

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau lokasi aduan semak-samun yang tidak diselenggara di Taman Tan Chee Hoe.

Gunasekaren berkata, terdapat aduan daripada penduduk sekitar berkenaan semak-samun tersebut.

“Ancaman binatang berbisa antara faktor kerisauan penduduk di sini.

“Aduan ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan selanjutnya,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Show More

Related Articles

Back to top button