BeritaProgram

Anwar umum bantuan kewangan RM100 kepada semua golongan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara one-off kepada semua rakyat dewasa berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad mulai 31 Ogos.

Anwar berkata, ini buat pertama kalinya dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada seluruh rakyat dewasa tanpa mengira pendapatan atau status keluarga.

“Bantuan kewangan ini akan disalurkan menerusi MyKad dan boleh digunakan di 4,100 lebih kedai seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart.

“Bantuan ini diberikan secara individu. Ini bermakna jika sebuah keluarga suami isteri yang mempunyai dua orang anak dewasa berumur 18 tahun ke atas, maka keluarga itu akan dapat RM400.

“Kalau suami isteri sahaja, maka akan dapat RM200 (RM100 setiap seorang).

“Kemudahan pembelian barangan keperluan berjumlah RM100 setiap seorang ini boleh digunakan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember 2025.

“Bantuan kewangan ini akan memberi manfaat kepada 22 juta rakyat Malaysia dan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk tujuan ini,’ jelas Anwar yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 (PMX).

Show More

Related Articles

Back to top button