Berita

Gunasekaren sumbang RM1,300 kepada Surau Taman Sri Mawar

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Surau Taman Sri Mawar.

Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan RM1,300 untuk tujuan anjuran program majlis berbuka puasa ini.

“Majlis seperti ini akan menjalin ukhwah antara berbilang bangsa. Suasana berbuka puasa secara ramai-ramai ini akan merapatkan lagi jurang antara masyarakat dan pemimpin masyarakat.

“Saya juga menyerahkan sumbangan duit raya dan barangan keperluan dapur kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Majlis Berbuka Puasa ini telah dianjurkan oleh pengurusan surau dan KRT Taman Sri Mawar.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali; Pegawai Perpaduan Daerah, Encik Redzy; Pengerusi KRT Taman Sri Mawar, Encik Effi dan Pengerusi Surau, Encik Yakin.

Show More

Related Articles

Back to top button