Menarik

Hargai pelajar capai prestasi cemerlang: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan harus dihargai.

“Ini perlu sebagai galakan kepada mereka untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Tahniah kepada ibubapa, guru dan para pelajar di atas pencapaian yang cemerlang dalam akademik khususnya pada peringkat STAM dan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.

“Besarlah harapan saya agar kecemerlangan ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang,” kata Aminuddin di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama Berasrama Penuh (SABP) Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.

Menurut Aminuddin lagi, majlis merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak dahulu dan memiliki signifikan yang tersendiri khususnya seluruh warga Sekolah Agama Berasrama Penuh (SABP) Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.

“Kejayaan ini juga adalah kerana pelbagai program telah disusun bagi merealisasikan kecemerlangan para pelajar dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

“Justeru itu, tidak hairanlah SABP Maahad Ahmadi ini terus gemilang daripada pelbagai sudut,” ujar beliau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button