Berita

Hari Isnin cabut undi, hari Rabu sudah boleh niaga

KOTA: “Hari Isnin cabut undi, hari Rabu sudah boleh masuk barang dan memulakan perniagaan,” kata Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim selepas mengadakan lawatan tinjauan ke kiosk penjaja di Pekan Kota petang semalam.

“Harapan dan mimpi para peniaga kecil di Pekan Kota akhirnya tercapai setelah sekian lama hanya berniaga berbumbungkan khemah kecil untuk mencari rezeki.

“Kini dengan kemudahan infrastruktur yang jauh lebih baik, sudah pasti akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada penjaja, malah pelanggan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang peka dengan keperluan pusat penjaja setempat di Pekan Kota.

“Beliau telah memperuntukkan sejumlah bajet bagi projek pembinaan kiosk penjaja kecil ini,” ujar Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button