Berita

Hasan sumbang RM15,000 kepada 15 pelajar cemerlang SPM dan STPM

TAMPIN: Mantan Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan sebanyak RM1,000 seorang kepada 15 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Parlimen Tampin.

Hasan berkata, kesemua 15 pelajar tersebut telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Matrikulasi.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana menyumbang dalam pencapaian pendidikan bagi daerah Tampin.

“Terima kasih kepada ibu bapa dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah yang hadir untuk menjayakan majlis ringkas ini,” kata Hasan.

Show More

Related Articles

Back to top button