Berita

Negeri Sembilan peruntuk RM3.46 juta tingkat tadbir urus MPKK

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan RM5,000 sebagai Geran Aktiviti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi 433 MPKK di Negeri Sembilan dengan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM2,165,000.

Exco Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, untuk membolehkan pelaksanaan aktiviti bersifat komuniti dapat dijalankan dengan lebih baik dengan sokongan dana daripada Kerajaan Negeri.

“Elaun RM900 bagi Pengerusi MPKK dan RM400 sebulan bagi Setiausaha MPKK turut diteruskan oleh Kerajaan Negeri bagi menghargai jasa dan khidmat pentadbiran MPKK dalam menguruskan hal ehwal kebajikan penduduk kampung.

“Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM3,000 untuk Geran Belia dan Beliawanis MPKK dengan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM1,299,000 bagi membolehkan kolaborasi pentadbiran akar umbi dan belia menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya melibatkan belia di kawasan luar bandar,” kata Ismail di Persidangan Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Ismail berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berhubung prestasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dalam memberi inisiatif kepada masyarakat luar bandar tanpa mengira kaum dan bangsa atau yang seumpamanya.

Show More

Related Articles

Back to top button