Berita

Hasan sumbang RM17,800 kepada Surau Batu 6 Kampung Sri Jeram

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM17,800 kepada Surau Batu 6 Kampung Sri Jeram dekat sini.

Hasan berkata, fasiliti dan kondisi surau tersebut dalam keadaan yang daif dan perlu dinaik taraf.

“Oleh itu saya telah meluluskan permohonan sumbangan mengikut kertas kerja yang dibentangkan.

“Saya difahamkan bahawa surau ini telah dipindahkan lebih kurang 300 meter daripada tapak asal.

“Penduduk di kawasan ini telah mengangkat surau ini secara beramai-ramai sekitar tahun 80-an.

“Saya berharap agar dengan kerja-kerja naik taraf ini dapat memberikan keselesaan kepada para jemaah di sini,” kata Hasan.

Sumbangan diserahkan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button