Berita

Perbadanan NS lakar sejarah pembangunan Aeroangkasa negara

SEREMBAN: Perbadanan Negeri Sembilan (NS) telah memeterai perjanjian bersama Turkish Aerospace Industries bagi membangunkan Lembah Aeroangkasa NS (NS Aerospace Valley – NSAV) dan Lembah Kenderaan Tanpa Pemandu (UUV).

Exco Pelaburan dan Industri Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, usaha ini bakal melakar sejarah baharu negara dalam pembangunan Aeroangkasa

“Tapak lokasi kilang ini juga akan ditempatkan di Negeri Sembilan.

“Dengan termeterai perjanjian ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri menunaikan janji untuk membangunkan Lembah Aeroangkasa di negeri ini,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata, Lembah Kenderaan Tanpa Pemandu akan menempatkan kilang pembuatan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV), Kenderaan Permukaan Tanpa Pemandu (USV), Kenderaan Dalam Air Tanpa Pemandu (UUV) dan Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV).

Tandatangan perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Turki, TYT Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden, Ankara, Turki.

 

Show More

Related Articles

Back to top button