Berita
Hasan sumbang RM5,000 kepada MPKK Kampung Jelawai
TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan kewangan RM5,000 kepada MPKK Kampung Jelawai.
Hasan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka mengadakan Program Majlis Anugerah Bengkung Peringkat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Jelawai dan Hari Sukan Kampung Jelawai.
“Sumbangan tersebut diberikan kepada Pengerusi MPKK Kampung Jelawai, Encik A.Rahman.
“Semoga sumbangan ini dapat merancakkan aktiviti dan kebudayaan warisan Melayu di Kampung Jelawai dan Gemencheh,” kata Hasan.