Hasil kutipan Kerajaan Negeri Sembilan cecah RM408 juta
SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjaya mencatat hasil kutipan sebanyak RM408,831,982 sehingga 14 Oktober 2022.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hasil kutipan ini bersamaan dengan 94.64 peratus.
“Untuk tempoh yang sama pada tahun lepas Kerajaan Negeri mencatat hasil kutipan RM317,012,963 bersamaan 70.76 peratus.
“Prestasi perbelanjaan pembangunan sehingga 31 September lalu 67.6 juta (51.56 peratus) berbanding RM61.06 juta (40.26 peratus) untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.
“Manakala perbelanjaan mengurus sehingga 31 September lalu RM293.44 juta (56.43 peratus) berbanding RM312.46 juta (55.6 peratus),” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian dalam Persidangan Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-14 hari ini.