Berita

‘Hot Spot’ pembuangan sampah haram telah ditutup

SEREMBAN JAYA: Sebahagian Jalan SJ8/1 di Taman Seremban Jaya telah ditutup bagi membendung aktiviti pembuangan sampah haram,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren yang diwakili Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali berkata, jalan tersebut telah ditutup di kedua-dua arah dengan beberapa penghadang konkrit.

“Sebelum ini lokasi ini menjadi ‘Hot Spot’ pembuangan sampah haram yang mencemarkan pemandangan dan menyakitkan mata.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilaksanakan oleh pihak SWM dan SWCorp.

“Semoga penghadang jalan ini dapat menghalang pembuangan sampah haram.

“Kamera CCTV juga akan dipasang bagi mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah dan bagi mengambil tindakan tegas ke atas pelaku sebagai pengajaran kepada mana- mana pihak yang terus membuang sampah secara merata-rata,” kata Jamilah.

Show More

Related Articles

Back to top button