Berita

Kepakaran umat Islam dimanfaatkan

SEREMBAN: Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sentiasa meneroka usaha-usaha dakwah baharu dan aktif dalam media sosial seperti Tik Tok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, lebih menarik JHEAINS cuba menggarap keseluruhan kekuatan umat Islam.

“Maknanya bagi memanfaatkan setiap kepakaran umat Islam, JHEAINS tak malu untuk bekerjasama.

“Contohnya untuk Qari dan Qariah Negeri Sembilan, kita ambil guru vokal dan penyanyi, Dato’ Syafinaz Selamat sebagai orang yang pakar dalam ilmu penafasan dan vokal.

“Beliau setuju membantu kita. Bakat yang ada pada beliau telah meningkatkan kemahiran penafasan Qari dan Qariah kita.

“Mudah-mudahan dalam pertandingan Tilawah Al-Quran nanti, Negeri Sembilan menang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, JHEAINS tidak kira status tahap kefahaman keislaman mereka, tapi apa yang penting ialah JHEAINS hendak setiap umat Islam berikan sumbangan kepada perkembangan agama Islam dan kualiti umat Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button