BeritaProgram

Hubungi Pejabat ADUN untuk bantuan permohonan TUNS dan TUNS PLUS

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Keusahawanan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, proses penilaian dan kelulusan permohonan TUNS dan TUNS PLUS dilaksana dengan ketelusan 100 peratus.

“Kebanyakkan permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS PLUS yang gagal adalah disebabkan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan atau gagal mengemukakan dokumen berkaitan yang dikehendaki.

“Sebab itu kita galakkan pemohon hubungi Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pejabat Penyelaras DUN untuk bantuan permohonan.

“Pejabat ADUN dan Penyelaras DUN mempunyai kemudahan internet, komputer dan kakitangan untuk membantu mengisi borang permohonan serta memuatnaik salinan dokumen secara online,” jelas Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button