Berita

MAINS peruntuk RM8.5 juta bagi inisiatif PEKA

SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), menerusi inisiatif keprihatinan bantuan zakat Prihatin Ekonomi dan Keperluan Asas Asnaf (P.E.K.A) telah memperuntukkan RM8,505,500 bagi institusi pendidikan dan kebajikan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak RM4,220,000 disalurkan kepada sekolah kerajaan dan swasta yang terpilih seluruh Negeri Sembilan.

“Manakala, sebanyak RM240,000 diberikan kepada Pusat Jagaan dan Latihan OKU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

“RM845,500 pula akan disalurkan bagi meringankan beban kewangan guru KAFA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS).

“Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara juga turut menerima sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

“Akhir sekali, asnaf fakir dan miskin MAINS turut menerima sumbangan bantuan khas yang berjumlah RM2.02 juta,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button