Berita

Pasukan Hoki Wanita NS juara Piala Sumbangsih Liga Hoki Wanita Kebangsaan

SEREMBAN: Pasukan Hoki Wanita Kebangsaan Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Sumbangsih Liga Hoki Wanita Kebangsaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, mereka berjaya mencapai kemenangan setelah berjaya menundukkan KPT-Uniten Thunder 2-1 dalam pukulan penalti setelah terikat 1-1.

“Tahniah kepada mereka kerana ini juga dikira sebagai satu kemenangan dalam Liga Hoki TNB Malaysia musim ini.

“Permulaan yang amat memberangsangkan buat mereka.

“Semoga Pasukan Hoki Wanita Negeri Sembilan dapat muncul juara liga seperti musim lalu, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button