Berita

Husin serah Sijil Khairat Kematian kepada 474 peserta

RANTAU: Penyelaras DUN Rantau, Tuan Husin Haroon menyerahkan Sijil Khairat Kematian kepada 474 peserta yang berkelayakan dari DUN Rantau menerusi 17 Pengerusi MPKK.

Husin berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta menerusi pelan Takaful Khairat Kematian membabitkan caruman kepada anggaran 34,562 orang ketua isi rumah di negeri ini.

“Takaful ini melibatkan tuntutan kematian biasa sebanyak RM2,000 dan kematian akibat kemalangan sebanyak RM8,000.

“Jumlah pencarum itu adalah berdasarkan senarai e-Kasih Negeri Sembilan mulai 1 Ogos lalu untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan.

“Inisiatif di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2021 ini adalah sebagai tanda simpati dan menzahirkan rasa prihatin dalam membantu meringankan beban waris.

“Pelan Takaful Khairat Kematian ini terbuka kepada rakyat yang layak tanpa mengira agama dan kaum,” jelas beliau.

Husin berharap, semoga program ini dapat memberi manfaat kepada waris dan dapat meringankan beban sekiranya berlaku kematian ahli keluarga.

“Terima kasih Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Kerajaan Negeri Sembilan,” ujar Husin.

Show More

Related Articles

Back to top button