Berita

Negeri Sembilan komited basmi dadah: Aminuddin

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited dalam membasmi najis dadah daripada masyarakat dan akan terus melaksanakan langkah-langkah bagi mengawal penyalahgunaan dadah menjelang 2025.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Negeri Sembilan pada tahun 2021 telah berjaya menghijaukan 13 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT), dan menghapuskan KBT berindikator merah di seluruh negeri.

“Antara isu utama dalam peperangan terhadap ketagihan dadah adalah mengurangkan kadar penagihan semula dadah.

“Justeru, Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sembilan mengambil langkah mewujudkan satu sistem atas talian yang dipanggil MyCare bagi memgumpul data berkenaan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Data yang dikumpul dalam sistem MyCare adalah menyeluruh dan bukan sahaja melibatkan klien, tetapi sistem sokongan di sekelilingnya seperti data berkenaan keluarga, pendapatan isi rumah, kesihatan ahli keluarga dan banyak lagi,” ujar Aminuddin.

Menurut Aminuddin lagi, MTMD Negeri Sembilan mendapati bahawa antara perkara yang menghalang penagihan semula adalah ‘support system’ atau sistem sokongan yang utuh.

“Dengan data yang terkumpul ini, AADK Negeri Sembilan melalui kerjasama dengan agensi kerajaan lain dapat memberikan bantuan khusus untuk setiap klien AADK bagi mengelakkan mereka kembali menagih.

“Simbolik pelancaran sistem ini telah dilaksanakan seusai Mesyuarat MTMD Bilangan 1 yang telah saya pengerusikan.

“Dalam mesyuarat tersebut, ahli MTMD turut menetapkan sasaran menghijaukan indikator 2 KBT yang dikenalpasti di Negeri Sembilan iaitu Ampangan dan Rompin sebelum tahun 2025,” jelas Aminuddin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button