Berita

Hutang SAINS berjaya diselesaikan dalam tempoh dua tahun: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hutang-hutang yang dimiliki Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah berjaya diselesaikan dalam tempoh dua tahun.

“Semasa mengambil alih kerajaan pada PRU-14 yang lalu, saya mendapati SAINS berada dalam situasi yang sangat meruncing.

“Pelbagai isu timbul terutamanya hutang yang terlampau banyak.

“Walaupun begitu, setelah berusaha keras, segala hutang terdahulu telah berjaya diselesaikan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak pengurusan kerana berusaha menjadikan perkara ini satu realiti,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Program Perhimpunan SAINS yang bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.

Foto:Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button