Berita

SMK Taman Tuanku Jaafar terima RM5,000 dari Taufek

PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar.

Mohamad Taufek berkata, sumbangan diberikan bertujuan membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti ko-kurikulum pelajar.

“Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menyokong penganjuran program untuk mengasah dan menambah ilmu pelajar.

“Semoga terus maju jaya diucapkan kepada barisan tenaga pengajar dan tidak lupa anak-anak yang dikasihi lagi dekat di hati saya,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button