Berita

Masalah sistem saliran di Kampung Si Rusa akan ditangani segera

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah turun padang di Kampung Si Rusa bagi meninjau permasalahan sistem saliran yang berlaku di kawasan tersebut.

Nasir berkata, terdapat aduan bahawa sistem saliran tersebut terlalu kecil dan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak apabila hujan.

“Disebabkan itu, apabila hujan berterusan limpahan air akan berlaku dan menjejaskan beberapa rumah di kawasan sekitarnya.

“Saya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Port Dickson bagi menangani isu ini secepat mungkin supaya tidak terjadi permasalahan yang besar kemudian hari,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button