Berita

Ibu bapa corak masa depan anak-anak

SEREMBAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, ibu bapa menjadi pencorak kepada masa depan anak-anak.

“Kegagalan hubungan suami dan isteri akan memberi kesan yang besar kepada anak-anak mereka.

“Justeru itu, kemantapan hubungan suami isteri perlu untuk memastikan kebahagiaan dalam keluarga.

“Disebabkan itu, program ini penting untuk mewujudkan tolak ansur sebagai asas persefahaman dalam keluarga sebagaimana yang diterapkan dalam program ini.

“Keluarga juga merupakan organisasi paling asas yang diperlukan untuk membina institusi keluarga yang cemerlang,” kata Mohamad Rafie.

Beliau berkata demikian di Program Keibubapaan Keluarga Sakinah yang bertempat di Palm Hotel, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button