Aktiviti

Ibu tunggal dapat perhatian Taufek

PAROI: Seorang ibu tunggal yang menetap di Taman Senawang Jaya, Puan Siti Hanisah Letchumy Abdullah, 65, mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Mohamad Taufek berkata, salah satu ibu jari kaki Siti Hanisah telah dipotong akibat komplikasi kencing manis, yang membataskan pergerakkan harian beliau.

“Sumbangan kewangn dan makanan telah diserahkan kepada Puan Siti Hanisah.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban beliau.

“Perbincangan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan bagi mendapatkan penempatan yang selesa untuk beliau,” kata Taufek.

 

Show More

Related Articles

Back to top button