Aktiviti

Aminuddin seru manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru umat Islam di Negeri Sembilan memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan.

“Setelah hampir dua tahun, akhirnya saya berpeluang untuk beriktikaf dan Qiamullail di Masjid Kampung Paya bersama jemaah yang lain.

“Harapan saya agar seluruh masjid di Negeri Sembilan dapat diimarahkan dengan kehadiran jemaah bagi menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan.

“Semoga kita beroleh sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT,” kata Aminuddin.

Aminuddin juga menghulurkan sumbangan kewangan kepada golongan asnaf serta anak yatim dari Kampung Paya.

Beliau sebelum itu, berbuka puasa dan bersolat berjemaah di Masjid Kampung Paya; yang dipimpin oleh Ustaz Shukri Ali atau lebih dikenali sebagai Sudais Malaysia.

“Terima kasih saya kepada pihak masjid serta semua petugas yang menjayakan program ini.

“Semoga program seperti ini mewujudkan rasa cinta dan kasih umat Islam terhadap masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan,” tambah beliau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button