Aktiviti

Ibu tunggal terima sumbangan barangan dapur dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan barangan dapur kepada seorang ibu tunggal di Rumah Rakyat Pengkalan Durian.

Rusli berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban beliau.

“Beliau telah kehilangan suami dan sedang menyara tiga orang anak yang masih bersekolah.

“Saya akan berusaha bagi memastikan beliau menerima bantuan untuk jangka masa panjang,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button