Berita
Individu kurang kemampuan terima kerusi roda daripada Cha
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah memberikan sumbangan kerusi roda kepada Puan Nagamanee di Taman Negeri.
Cha berkata, Puan Nagamanee mengalami masalah pergerakan kerana lutu beliau.
“Beliau akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.
“Sumbangan ini bertujuan membantu memudahkan urusan harian beliau sebelum pembedahan.
“Saya berharap agar pembedahan beliau berjalan dengan lancar,” kata Cha.