Bantuan Caruman i-Suri
INSENTIF KERAJAAN (i-Suri) KWSP
Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Faedah
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2,500
Siapakah Yang Boleh Mencarum
Diri Sendiri (Isteri)
Suami Kepada Pasangan Yang Layak
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
Had Bayaran
Minimum (RM sahaja)
Tiada had
Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Apakah Yang Anda Perlukan
- MyKad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Nota: Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat KWSP berhampiran atau layari website www.kwsp.gov.my
Peringatan penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.