BAJET 2023: Bagi membantu golongan penternak dalam menghadapi isu kenaikan harga input makanan ternakan, Kerajaan Negeri Sembilan akan mewujudkan Insentif Penanaman Napier, Pastura dan Kekacang (i-NPAK) dalam usaha membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan dedak.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kadar bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM10,000 per ekar dengan maksimum keluasan dua ekar untuk seorang peserta yang terbuka kepada pemain industri ternakan ruminan di Negeri Sembilan.
“Input yang diberikan berupa penyediaan dan pembersihan tanah serta bekalan benih rumput.
“Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak RM500,000 disediakan dalam Belanjawan tahun 2023,” katanya.