Berita

Ismail galak tanam sayur secara hidroponik tertutup

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah melawat projek tanaman sayur secara hidroponik tertutup di Kampung Kilang Padi.

Ismail berkata, projek tanaman sayuran tersebut diusahakan oleh Setiausaha MPKK Kampung Kilang Padi, Puan Norhaslindawati Abdul Razak bersama suami beliau.

“Beliau menghasilkan tanaman sawi dan sayur kailan yang dipasarkan di sekitar Labu.

“Usaha tani sebegini amat baik untuk dilaksanakan bukan sahaja sebagai keperluan makanan, malah ia juga mampu menjana pendapatan serta ekonomi,” kata Ismail.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Kilang Padi, Puan Fazillah Abdul Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button