Program

Larian Hari Malaysia Port Dickson

PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson akan menganjurkan Larian Hari Malaysia Port Dickson pada 16 September ini.

Program akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan diberi tema ‘Meraikan Kepelbagaian Kaum dan Budaya’.

Program yang akan bermula pada pukul 8.00 malam ini bakal berlangsung serentak dengan Karnival Hari Malaysia Port Dickson 2022.

Pelbagai aktiviti menarik dan juga pesta makanan yang bakal memeriahkan suasana karnival.

Kepada mereka yang ingin sertai Larian Hari Malaysia Port Dickson perlu membuat pendaftaran sebelum 15 Ogos ini dan nikmati harga istimewa.

Promosi khas pendaftaran: Hanya RM20.

Anda boleh mendaftar di: http://larianpd.com

 

Show More

Related Articles

Back to top button