Berita

Rizab Kerajaan Negeri Sembilan pertama kali cecah RM1.06 bilion

Hasil pentadbiran yang cekap dan berintegriti

SEREMBAN: Dasar pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang cekap dan penuh integriti; maka rizab Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri masih lagi berada dalam keadaan yang kukuh.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Rizab Kerajaan Negeri pertama kali dalam sejarah Negeri Sembilan mencecah RM1.06 bilion hasil ketelusan dan penjimatan yang berjaya dilaksanakan.

“Sehingga 15 Jun 2022, jumlah rizab Kerajaan Negeri adalah kukuh berjumlah RM861.7 juta.

“Segala hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri ini telah dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk inisiatif sama ada yang diumumkan ketika Pembentangan Belanjawan atau di saat rakyat berdepan dengan suasana getir seperti ketika Pandemik Covid-19 dan bencana banjir yang melanda Negeri Sembilan pada Disember 2021.

“Alhamdulillah, kita berjaya mengharungi ujian berat ini hasil dari muafakat semua peringkat bermula dari barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Barisan Pengerusi MPKK dan Pengerusi Masjid.

“Senarai pencapaian Negeri Sembilan membuktikan ketelusan dan kesungguhan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button