Berita

Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM350,000 naiktaraf jalan ke Kubur Hindu Gemencheh

GEMENCHEH: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM350,000 bagi tujuan menaiktaraf jalan ke Tanah Perkuburan Hindu Gemencheh.

Exco Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, ketiadaan jalan yang baik menyebabkan penduduk tempatan terpaksa menggunakan laluan lain dan mendatangkan pelbagai masalah setiap kali ingin ke tapak perkuburan tersebut.

“Oleh itu, isu ini telah dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri untuk tindakan susulan dan peruntukan telah diluluskan.

“Kerja-kerja naiktaraf akan dilakukan dalam masa terdekat oleh Pejabat Daerah dan Tanah Tampin,” kata Arul Kumar.

Untuk rekod penyelenggaraan Kubur Hindu Gemencheh adalah di bawah pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button