Berita

Ismail jalin kerjasama KTMB elak masalah haiwan liar

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Yb Dato’ Ismail Ahmad telah menjalankan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengurangkan dan mencegah kemalangan tren di kawasan kampung Labu.

Ismail berkata, langkah ini diambil kerana terdapat beberapa kemalangan tren disebabkan oleh haiwan yang melintasi landasan tren.

“Pihak KTMB akan memasang ‘barbed wire’ dan membaiki pagar yang rosak.

“Selain itu, menanam rumput jenis bracteata untuk menghalang kemasukan haiwan ke landasan.

“Dalam masa sama, KTMB akan mengadakan perjumpaan bersama komuniti penduduk dan penternak haiwan bagi menjalankan kempen keselamatan dan menjalankan rondaan berkala di kawasan titik panas,” kata Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button