Berita

Ismail sumbang RM2,000 kepada Surau Al Mustaqim

LABU: Surau Al Mustaqim di Taman Gadong Jaya menerima sumbangan RM2,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Ismail berkata, padang bola di Taman Gadong Jaya berhampiran Surau Al Mustaqim perlu dibaik pulih.

“Pengurusan Surau Al Mustaqim memaklumkan bahawa padang itu dimanfaatkan oleh anak kariah dan mereka juga merancang mengadakan program dalam masa terdekat di padang itu.

“Mendengar keluh kesah pihak surau, saya bersetuju memberikan sumbangan peribadi RM2,000 kepada pihak Surau Al Mustaqim untuk tujuan baik pulih tiang gol dan kegunaan program yang telah dirancang,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button