Menarik

Rusli sumbang tongkat berdiri kepada mangsa kemalangan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan peralatan kesihatan, tongkat berdiri dan barangan makanan kepada seorang pesakit yang mengalami kemalangan kecil yang mengakibatkan sebelah kaki beliau cedera.

Rusli berkata, Encik Murugan Arumugam, 50, menetap di Kampung Sungai Raya bersama isteri dan anak-anaknya.

“Beliau telah terlibat dengan kemalangan kecil semasa keluar bekerja dan kecederaan ini menyebabkan beliau sukar bergerak.

“Prihatin dengan keadaan beliau, saya telah menyampaikan bantuan tongkat untuk berdiri bagi memudahkan pergerakan beliau.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button