Berita

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dapat bas baharu berharga RM615 ribu dari Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, menyerahkan sebuah bas baharu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Bas berjenama Scania berharga RM615,000 ini mampu memuatkan seramai 38 orang penumpang.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan percaya bahawa pembelian bas ini mampu meningkatkan mobiliti JHEAINS dalam memperkukuhkan usaha dakwah dan pendidikan di negeri adat perpatih ini.

“Besarlah harapan saya agar pembelian ini dapat memudahkan kerja-kerja dakwah ke seluruh Negeri Sembilan khususnya melibatkan belia dan remaja, Insya Allah,” ujar beliau yang juga merupakan ADUN Sikamat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button