Berita

Manifesto PH Negeri Sembilan: Penukaran hak milik tanah daripada pajakan ke hak milik kekal diperluaskan

35 kawasan perumahan seluruh Negeri Sembilan terlibat dengan inisiatif ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal kini diperluaskan meliputi tujuh daerah di Negeri Sembilan

“Bagi memastikan manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tercapai, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperluaskan lagi inisiatif penukaran hak milik tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal ke lebih banyak kawasan di seluruh Negeri Sembilan

“Inisiatif ini merupakan salah satu janji manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018

“Pada tahun lepas kita mulakan inisiatif ini di DUN Ampangan dan DUN Paroi sebagai ‘pilot preoject’.

“Alhamdulillah, inisiatif ini mendapat sambutan yang positif dan sekarang kita perluaskan insiatif ini ke 35 kawasan perumahan di seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

35 kawasan perumahan yang terlibat dengan inisiatif ini adalah:

SEREMBAN
1. Taman Desa Rhu
2. Taman Sri Kasih
3. Taman Senawang Jaya
4. Taman Desa Permai
5. Taman Paroi Jaya

TAMPIN
1. Taman Tampin Jaya
2. Taman Repah Baru
3. Tampin Jaya
4. Taman Bunga Raya
5. Rumah Rakyat Gemencheh

PORT DICKSON
1. Rumah Rakyat Kuala Lukut
2. Taman Toh Kee Kah

KUALA PILAH
1. Rumah Rakyat Juasseh
2. Taman Jemapoh Murni
3. Taman Sri Pandan Pelangai
4. Taman Jemapoh
5. Rumah Rakyat Batu 46

JEMPOL
1. Taman Seri Pelating
2. Taman Rasa Sayang
3. Taman Mahsan
4. Taman Sri Mahsan
5. Taman Sri Serting

JELEBU
1. Rumah Rakyat Simpang Durian 1
2. Rumah Rakyat Sungai Rotan 2
3. Rumah Rakyat Sungai Rotan 1
4. Rumah Rakyat Simpang Pertang 2
5. Rumah Rakyat Larong

REMBAU
1. Rumah Rakyat Kota
2. Rumah Rakyat Pedas
3. Rumah Rakyat Chengkau
4. Rumah Rakyat Sungai Layang
5. Rumah Rakyat Astana Raja

GEMAS
1. Taman Desa Bakti
2. Taman Gemas Indah
3. Rumah Rakyat Sri Gemas

Show More

Related Articles

Back to top button