Berita

Penduduk bantah cadangan pembinaan insinerator di Bandar Seri Sendayan

SEREMBAN: Penduduk Bandar Seri Sendayan membantah cadangan pembinaan insinerator berdekatan dengan kawasan penempatan tersebut. Encik Kamal Zawari Ghazali mewakili Majlis Muafakat Persatuan Penduduk Bandar Seri Sendayan yang berkata, penduduk setempat kesal kerana penduduk tidak dirujuk sebelum cadangan pembinaan insinerator dibuat.

“Majlis Muafakat Persatuan Penduduk Bandar Seri Sendayan merupakan gabungan 28 persatuan penduduk setempat dan kenapa kami sebagai pemimpin masyarakat tidak dirujuk sebelum cadangan ini dibawa?

“Kenapa lokasi dengan kepadatan penduduk yang tinggi menjadi pilihan syarikat ini?

“Kami penduduk sememangnya tidak setuju dengan cadangan ini,” kata Kamal Zawari dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin di pejabatnya.

Mohd Azad Abdul Rahman mewakili penduduk Taman Hijayu 3 menyatakan rasa terkilan apabila EIA data sampling hanya melibatkan 354 responden daripada lebih 100 ribu penduduk yang tinggal di radius 10 kilometer dari tapak cadangan projek.

Sementara itu Cha berkata, kempen tandatangan membantah cadangan pembinaan insinerator itu sudah mencapai momentum yang memberangsangkan.

“Sudah ramai penduduk sekitar menyatakan rasa bantahan. Kempen tandatangan melalui talin online mahupun melalui borang sedang berjalan lancar.

“Insinerator ini jika dibina, memang akan beri kesan langsung kepada penduduk sekitar kerana faktor pelepasan gas,” jelas Cha selepas menyerahkan borang kempen tandatangan bantahan kepada beberapa wakil penduduk taman perumahan.

Show More

Related Articles

Back to top button