Berita

Jadikan masjid pusat pendidikan syiar Islam: Aminuddin

SIKAMAT: Masjid bukan sahaja sebuah pusat ibadah malah pusat pendidikan yang akan memperkembang syiar Islam sebagai benteng kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Justeru kata Aminuddin, masjid memainkan peranan sebagai institusi ta’dib dan tarbiyyah untuk menyemai nilai-nilai murni Islam.

“Saya cukup yakin dan percaya, program pengimarahan masjid yang dirancang akan dapat melahirkan umat yang wasatiah dan berimbang.

“Suka saya mengingatkan hadirin tentang Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1443H.

“Baginda mengingatkan para pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab menguruskan masjid dan surau di Negeri Sembilan, wajib memahami falsafah kewujudan serta peranan utama masjid dan surau, iaitu sebagai institusi menyatupadukan ummah, institusi yang wajib dimuliakan, diimarahkan dan dilindungi daripada sebarang perbuatan dan percakapan yang boleh menodai kesuciannya,” jelas Aminuddin.

Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Pembinaan Baru Masjid Warisan Puteri pagi tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button