Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

Jambatan Dusun Nyior telah dibaik pulih dengan segera

AMPANGAN: Aduan orang ramai mengenai kerosakan tebing Jambatan Dusun Nyior telah diambil tindakan segera oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, aduan telah dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan melaksana kerja-kerja membaik pulih.

“Permasalahan adalah berkaitan hakisan dan lubang di bahagian tepi jambatan serta tebing jambatan.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikan telah selesai.

“Gabion Wall baru telah dibina untuk mengukuhkan bahagian tebing serta jambatan,” jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Encik Gary Muthu dan MPKK Dusun Nyior di atas kerjasama membantu menyalurkan aduan kepada pihak bertanggungjawab.

Show More

Related Articles

Back to top button