Menarik

Aminuddin seru atlet SUKMA Negeri Sembilan bukti kemampuan diri

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru agar atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sembilan membuktikan kemampuan diri mereka.

Aminuddin berkata, para pegawai telah memberikan tunjuk ajar, semangat serta membantu atlet untuk menyediakan diri.

“Dalam temasya SUKMA kali ke-20 ini merupakan pentas bagi anak-anak saya ini membuktikan kebolehan, bakat serta kekuatan dalam pertandingan yang diwakili.

“Ini juga masanya untuk kita tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa atlet Negeri Sembilan mampu mewakili negara dalam acara sukan.

“Melangkahlah ke depan dengan gagah dan bersainglah dengan penuh semangat dan buktikan keunggulan anda sebagai wira dan wirawati Negeri Sembilan.

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button