Berita

Insentif kontinjen SUKMA Negeri Sembilan dinaikkan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, insentif kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Negeri Sembilan dinaikkan mengikut kesesuaian.

“Tujuan insentif ini dinaikkan bagi memberi semangat kepada para atlet serta pegawai yang bertungkus-lumus memberikan yang terbaik dalam temasya SUKMA kali ini.

“Walaubagaimanapun, syarat kelayakan bagi menerima insentif yang dinaikkan ini adalah, pungutan pingat emas kita mestilah melebihi temasya di Ipoh pada tahun 2018 iaitu 13 pingat emas.

“Saya juga berharap agar para atlet mampu membawa kecemerlangan dan mencipta kejayaan untuk Negeri Sembilan” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen SUKMA Negeri Sembilan.

Berikut senarai kenaikan insentif mengikut kumpulan.

Perseorangan

Emas: RM5,000

Perak: RM3,000

Gangsa: RM1,500

Berdua

Emas: RM3,000 seorang

Perak: RM1,500 seorang

Gangsa: RM1,000 seorang

Bertiga

Emas: RM2,000 seorang

Perak: RM1,500 seorang

Gangsa: RM1,000 seorang

Berempat

Emas: RM2,000 seorang

Perak: RM1,500 seorang

Gangsa: RM1,000 seorang

Lima orang dan ke atas

Emas: RM2,000 seorang

Perak: RM1,000 seorang

Gangsa: RM800 seorang

Pengurus Jurulatih

RM500 hingga RM2,000.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button