BeritaMenarik

Jangan biar kemerosotan akhlak dan adab menjadi barah

SEREMBAN: Kemerosotan akhlak dan adab tidak boleh dibiarkan menjadi kerana ia akan melahirkan generasi yang tidak mengendahkan soal akhlak dan adab.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, oleh sebab itu kita harus memberikan didikan kepada generasi ini supaya mereka memahami Islam dan beramal dengan Islam.

“Walaupun begitu, terdapat sebahagian daripada warga pendidik kita yang turut mengambil sikap mementingkan diri berbanding memikul amanah yang berat ini.

“Hal ini kerana ada antara guru-guru lupa bahawa akhlak mereka bukan sahaja di hadapan murid tetapi ia turut dilihat di media sosial.

“Oleh itu, saya berharap agar institusi pendidikan ini dapat membawa agenda memperkasa akhlak dan adab yang baik dalam kalangan kakitangan, warga pendidik dan pelajar,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button